Thursday, May 19, 2011

SAHABAT SEJATI

.. SIFAT SAHABAT SEJATI ...



1.. Jika engkau berbuat bakti kepadanya
dia akan melindungimu

2.. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya
dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3.. Jika engkau perlukan pertolongan kewangan daripadanya
dia akan berusaha membantumu

4.. Jika engkau menghulur kebaikan kebadanya
dia akan menerima dengan baik darimu

5.. Jika dia mendapat kebaikan darimu
dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu

6.. Jika engkau perlukan bantuan darinya
dia akan mengusahakan untukmu

7.. Jika dia melihat sesuatu yang tak baik daripadamu
dia akan menutup dari orang tahu

8.. Jika engkau berdiam diri (malu untuk meminta)
dia akan menanyakan kesusahanmu

9.. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu
dia akan meringankan untuk menghilangkan kesusahan itu

10.. Jika engkau berkata kepadanya
dia akan membenarkannya

11.. Jika engkau merancang sesuatu
dia akan membantumu

12.. Jika kamu berdua berselisih faham
nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan

Monday, May 16, 2011

.....keistimewaan wanita......



Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

"di mana Allah utk m'jga kita???"

Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…


"mengapa masih ragu-ragu???"

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.” Imam Ghazali

Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…
Dari hidup dalam kesesatan

Kerana jangan lupa ukhtiku…

Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan…


wanita itu sgt mulia di sisi Allah....

Sunday, May 15, 2011

....Sekadar nasihat kepada kaum hawa....

"indah nya ciptaan Tuhan"
 > untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
 > Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda  jumpai.
 > Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
 > Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
 > Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
 > Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
 > Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
 > Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
 > Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang
 > Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu
.....renung kan....